Fasiliti Sukan
Tempat Juara Dicipta: Terokai Kemudahan Sukan Terkini Kami
Laman Utama › Perkhidmatan › Fasiliti Sukan › Pusat Akuatik › Kolam Terjun
Kolam Terjun
Terletak di dalam kampus Hab Pendidikan Tinggi Pagoh merupakan padang bola sepak kami yang cemerlang. Rumput yang diselenggara dengan teliti ini lebih daripada sekadar padang permainan; merupakan arena terbaik untuk atlet dan peminat.

- Kaedah Permohonan Tempahan
- Peraturan - Peraturan
- Waktu Urusan
- Permohonan secara atas talian melalui Sistem E-Tempas HPTP.
- Bagi penganjuran aktiviti/ program berskala besar, pemohon hendaklah mengemukakan Surat Permohonan Rasmi bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan.
- Proses kelulusan mengambil masa Empat Belas (14) hari bekerja dan status permohonan akan dimaklumkan melalui surat/ emel kepada pemohon.
- Pengguna hanya dibenarkan menggunakan fasiliti sukan setelah membuat tempahan dan pembayaran.
- Semua pengguna dikehendaki meninggalkan fasiliti sukan setelah masa sesuatu sesi tamat.
- Pengguna hendaklah memastikan kebersihan fasiliti sukan.
- Pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda daripada dirosakkan dan disalahguna.
- Pihak HPTP tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda semasa menggunakan fasiliti sukan.
- Kegagalan pengguna mematuhi segala syarat – syarat yang disenaraikan boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan tanpa sebarang notis.
- Pembatalan penggunaan fasiliti sukan adalah dibawah bidang kuasa pihak Unit Khidmat Fasiliti HPTP.
MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU OPERASI PUSAT AKUATIK HAB
PENDIDIKAN TINGGI PAGOH TAHUN 2025
Selaras dengan perubahan waktu bekerja Negeri Johor yang baru iaitu waktu bekerja; Isnin sehingga Jumaat, manakala hari cuti pada Sabtu Dan Ahad, jadual waktu operasi yang baru telah dilaksanakan sepenuhnya di Pusat Akuatik Hab Pendidikan Tinggi Pagoh bermula 1 Januari 2025. Terdapat juga perubahan Jadual Penggunaan bagi Lelaki dan Wanita, Kelas Kokurikulum Berkredit serta penggunaan agensi luar.
Berikut adalah perubahan yang telah ditetapkan di Jadual 1 :

Anda akan di bawa ke sistem tempahan kami