Kementerian Pendidikan Tinggi

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

Soalan Lazim
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman
Search
Close this search box.
A+ A A-

Pengenalan HPTP

Jemaah Menteri pada 24 Jun 2011 telah memberi persetujuan terhadap pelaksanaan Projek Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Muar, Johor secara Kerjasama Awam Swasta/Public Private Partnership (PPP) melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta /Private Finance Initiative (PFI) dan dilaksanakan oleh Sime Darby Property Berhad (SDPB) sebagai syarikat konsesi. Sime Darby Property Berhad berperanan mereka bentuk kemudahan HPTP mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh Kerajaan, membina dan menyenggara bangunan berkonsepkan Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT) dengan pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh SDPB.

Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd. (SDPS) selaku Special Purpose Vehicle (SPV) telah diberi hak untuk merekabentuk kemudahan HPTP mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh Kerajaan, membina dan menyiapkan kemudahan serta menyelenggara bangunan tersebut dengan pembiayaan yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi. Perjanjian Konsesi untuk keempat-empat komponen projek ini iaitu Politeknik dan Kemudahan Gunasama, UTHM, UIAM dan UTM telah ditandatangani pada 7 November 2012.

Pembangunan HPTP adalah melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar yang mana akan dibangunkan secara berfasa. Fasa pertama melibatkan keluasan tanah 500 ekar. Pembangunan HPTP ini melibatkan 4 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed (PTSN). Selain itu, HPTP ini juga akan dilengkapi dengan Kemudahan Gunasama Berpusat (Shared Facilities) dan bangunan Sistem Pengkokolan Air (District Cooling System).

Projek HPTP melibatkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang bertindak sebagai agensi pusat bagi menyelaras projek-projek secara PPP, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai klien serta PTSN, UTHM, UIAM dan UTM sebagai pengguna (end users). Selain itu, KPT juga telah menubuhkan satu (1) seksyen di HPTP iaitu Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (SPK HPTP) yang berperanan untuk merancang, mengurus dan menyelaras pengoperasian Kemudahan Gunasama di HPTP.

Pembangunan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) ini berkonsepkan berkelompok (cluster) mengikut institusi dengan mengambilkira Kemudahan Gunasama yang dipusatkan (Shared Facilities). Kemudahan gunasama akan dikongsi bersama setiap institusi yang berada di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh serta masyarakat setempat. Kemudahan Gunasama (Shared Facilities).

TEMPOH KONSESI

Tempoh konsesi projek HPTP adalah selama 23 tahun termasuk 3 tahun pembinaan bermula daripada 2 Mei 2014 hingga 1 Mei 2037, manakala bayaran konsesi oleh Kerajaan selama 20 tahun bermula daripada 2 Mei 2017 iaitu tarikh projek disiapkan dan diterima oleh Kerajaan/IPT sehingga 1 Mei 2037. Terdapat tiga (3) jenis bayaran yang perlu dibuat oleh Kerajaan kepada syarikat konsesi dalam tempoh 20 tahun tersebut iaitu bayaran kemudahan (Availability Charges), penyenggaraan (Maintenance Services Charges), dan bayaran ke dalam tabung Maintenance Reserve Fund (MRF) bagi tujuan penyenggaraan Asset Management Programme yang melibatkan penggantian peralatan (tertakluk dalam kontrak konsesi). Selain itu, Kerajaan juga perlu membuat pembayaran sebanyak 3% daripada nilai kontrak bagi PFI related cost secara one-off dalam tempoh satu (1) tahun selepas projek diterima.

KOMPENAN PROJEK

Jadual 1: Komponen Projek Pembinaan Utama HPTP

Bil. Perkara Komponen Pembinaan Utama

1.

Kemudahan Guna Sama ditadbir oleh Seksyen Projek Khas (SPK)

  • Auditorium
  • Dewan Konvensyen
  • Dewan Serba Guna
  • Pusat Akuatik
  • Surau
  • Perpustakaan
  • Pusat Data ICT
  • Kafeteria
  • Pusat Sukan Trek (Astaka, Padang Bola Sepak dan Balapan)
  • Rumah Tamu
  • Tadika
  • Padang Bola Sepak, Ragbi, Hoki, Lawn Ball, Gelanggang Tenis,
  • Takraw, Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Keranjang

2.

Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN)

  • Bangunan Pentadbiran
  • Department of Petrochemical (Bengkel/Makmal)
  • Department of Oleochemical (Bengkel/Makmal)
  • Dewan Kuliah

3.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

  • Bangunan Pentadbiran, Dewan, Bilik Kuliah
  • Kafeteria
  • Makmal Teknologi
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Makmal Teknologi
  • Kejuruteraan
  • Mekanikal
  • Makmal Teknologi
  • Kejuruteraan Awam
  • Makmal Sains Teknologi dan Pembangunan Insan
  • Kompleks Latihan dan Pembuatan (Teaching Factory)
  • Makmal Teknologi
  • Kejuruteraan Kimia
  • Makmal Teknologi
  • Komputer dan
  • Multimedia

4.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Blok Pentadbiran dan Tenaga Pengajar (Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan)
  • Blok Pentadbiran dan Tenaga Pengajar (Jabatan Perancangan Pelancongan dan
  • Pengurusan Hospitaliti Serta Kursus Wajib
  • Bangunan Pembelajaran 1
  • Bangunan Pembelajaran 2
  • Dar Al Khadamat Al Islamiyah (Surau)
  • Kafeteria

5.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

  • Bangunan Pejabat Makmal (Research & Analytical)
  • Biorefinery plant
  • Blok Bioprocessing
  • Blok Advance Bio Process Control System
  • Bangunan Peralatan Ladang · Kafeteria

 

Kapasiti Pelajar

Berdasarkan Laporan Makmal Pengurusan Nilai (VM), objektif HPTP adalah untuk memenuhi perancangan Kementerian seperti yang terkandung di dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN). Melalui PSPTN, Kementerian perlu menampung sekurangkurangnya 45% permintaan daripada kohort 17 hingga 23 tahun menjelang tahun 2015 dan 50% menjelang tahun 2020, iaitu anggaran seramai dua (2) juta pelajar. Pembangunan HPTP juga bertujuan untuk menerapkan budaya guna sama dan perkongsian fasiliti di antara IPT dan sesama fakulti serta jabatan di dalam IPT. HPTP dijangka boleh menampung seramai 10,800 orang pelajar menjelang tahun 2020. Butiran lanjut pencapaian kapasiti pelajar di HPTP adalah seperti di Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Kapasiti Pelajar di HPTP

Bil. Universiti / Politeknik Jumlah Pelajar (Orang)
1. PTSN 3,600
2. UTHM 5,000
3. UIAM 2,000
4. UTM 200

 

Jumlah 10,800

KELUASAN TANAH HPTP

Jadual 2: Keluasan Tanah di HPTP

Bil. Universiti / Politeknik Jumlah (Ekar)
1. KPT & PTSN 122.75
2. UTHM 170.07
3. UIAM 170.44
4. UTM 37.89
5. Distric Cooling Sistem KPT 4.92