Kementerian Pendidikan Tinggi

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

Soalan Lazim
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklumbalas
Peta Laman
Search
Close this search box.
A+ A A-

Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatnya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP).

Laman web ini direka dengan matlamat untuk menyediakan akses mudah kepada produk, perkhidmatan, dan maklumat terkini yang berkaitan dengan bidang kami. Kami komited untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada setiap pengunjung laman web kami. Kami mengambil inisiatif untuk menyusun maklumat dengan teratur, menyediakan navigasi yang mudah difahami, serta memastikan kandungan yang dipersembahkan adalah relevan dan terkini.

Portal ini merupakan titik temu bagi semua pihak yang terlibat, dari pelanggan hingga rakan kongsi dan staf dalaman. Kami berharap agar laman web ini dapat menjadi sumber yang berguna dalam memenuhi keperluan anda, sama ada untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat urusan pentadbiran, atau berinteraksi dengan komuniti kami.Kami menghargai setiap pandangan, cadangan, dan maklum balas dari pengguna laman web kami.

Kami berkomitmen untuk terus memperbaiki dan memperkukuhkan laman web ini demi kepentingan bersama.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja keras dalam pembangunan laman web ini. Tanpa usaha mereka, pencapaian ini tidak akan menjadi kenyataan. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web ini kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini. Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga HPTP serta dapat dilayari sebaik mungkin.

HUZAIMI AMIR BIN ZAINUDDIN

Pengarah
Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
Bahagian Pembangunan
Kementerian Pendidikan Tinggi