Fasiliti Sukan
Tempat Juara Dicipta: Terokai Kemudahan Sukan Terkini Kami
Laman Utama › Perkhidmatan › Fasiliti Sukan › Kemudahan Sukan Tertutup › Gelanggang Badminton
Gelanggang Badminton
Gelanggang Badminton ini terletak di dalam kawasan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
gelanggang ini di selenggara untuk memastikan ianya berada dalam keadaan yang sesuai untuk digunakan dalam latihan atau kejohanan.

- Kaedah Permohonan Tempahan
- Peraturan - Peraturan
- Waktu Urusan
- Permohonan secara atas talian melalui Sistem E-Tempas HPTP.
- Bagi penganjuran aktiviti/ program berskala besar, pemohon hendaklah mengemukakan Surat Permohonan Rasmi bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan.
- Proses kelulusan mengambil masa Empat Belas (14) hari bekerja dan status permohonan akan dimaklumkan melalui surat/ emel kepada pemohon.
- Pengguna hanya dibenarkan menggunakan fasiliti sukan setelah membuat tempahan dan pembayaran.
- Semua pengguna dikehendaki meninggalkan fasiliti sukan setelah masa sesuatu sesi tamat.
- Pengguna hendaklah memastikan kebersihan fasiliti sukan.
- Pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda daripada dirosakkan dan disalahguna.
- Pihak HPTP tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda semasa menggunakan fasiliti sukan.
- Kegagalan pengguna mematuhi segala syarat – syarat yang disenaraikan boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan tanpa sebarang notis.
- Pembatalan penggunaan fasiliti sukan adalah dibawah bidang kuasa pihak Unit Khidmat Fasiliti HPTP.
HARI | WAKTU URUSAN | |
---|---|---|
AHAD-RABU | 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG | |
KHAMIS | 8.00 PAGI HINGGA 3.30 PETANG | |
JUMAAT/ SABTU/ CUTI UMUM | TUTUP | |
WAKTU REHAT : 1.00 TENGAH HARI HINGGA 2.00 PETANG |
Anda akan di bawa ke sistem tempahan kami