Bilik Mesyuarat
Laman Utama › Perkhidmatan › Bilik Mesyuarat › Bilik Mesyuarat Ibnu Malik
Bilik Mesyuarat Ibnu Malik
Bilik mesyuarat ini terletak di Aras 3, Bangunan Perpustakaan Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
- Kaedah Permohonan
- Peraturan
- Waktu Urusan
- Kemudahan
- Kadar Sewaan
- Permohonan secara atas talian melalui Sistem E-Tempas HPTP.
- Permohonan secara manual iaitu hadir ke Pejabat Unit Khidmat Pengurusan, Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh atau hubungi pegawai di talian 06-974 2416 / 2451 bagi menyemak kekosongan dan membuat tempahan awal.
- Mengemukakan Surat Permohonan Rasmi bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan.
- Proses kelulusan mengambil masa tujuh (7) hari bekerja dan status permohonan akan dimaklumkan melalui surat / emel kepada pemohon.
- Pembayaran boleh dijelaskan kepada SPK HPTP dalam tempoh 3 hari bekerja daripada kelulusan permohonan.
Pejabat Unit Khidmat Pengurusan
Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
Tel : 06-974 2416 / 2415
- Penyewa/pengguna hanya dibenarkan menggunakan Bilik Mesyuarat setelah membuat tempahan dan pembayaran.
- Penyewa/pengguna hendaklah sentiasa menjaga keselamatan, kebersihan dan ketertiban susunatur kerusi/meja kemudahan yang disediakan.
- Penyewa/pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga semua harta benda bilik mesyuarat seperti LCD Projektor, papan putih dan lain-lain daripada dirosakkan dan disalahgunakan.
- Tidak dibenarkan mengubah dan membawa keluar peralatan/kemudahan yang terdapat dalam bilik mesyuarat.
- Pembatalan penggunaan bilik mesyuarat adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan HPTP.
- Kegagalan penyewa/pengguna mematuhi segala syarat-syarat yang disenaraikan boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan tanpa sebarang notis.
- Penyediaan makanan di dalam bilik mesyuarat hanya dibenarkan bagi makanan ringan sahaja (kuih/buah) sahaja. Bagi penyediaan makanan berat, urus setia boleh menggunakan bilik jamuan yang disediakan.
- Penyewa/pengguna dilarang membawa minuman/makanan yang tidak halal di bilik mesyuarat.
- Semua suis hendaklah dipadam selepas penggunaan bilik mesyuarat.
- Semua dokumen dan kertas tidak ditinggalkan di atas meja mesyuarat.
- Urus setia mesyuarat bertanggungjawab untuk mengunci bilik mesyuarat selepas selesai dan mengembalikannya kepada Unit Khidmat Pengurusan, SPK HPTP.
Pejabat Unit Khidmat Pengurusan
Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
Tel : 06-974 2416 / 2415
HARI | WAKTU URUSAN | |
---|---|---|
AHAD-RABU | 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG | |
KHAMIS | 8.00 PAGI HINGGA 3.30 PETANG | |
JUMAAT/ SABTU/ CUTI UMUM | Tutup | |
WAKTU REHAT : 1.00 TENGAH HARI HINGGA 2.00 PETANG |
- Berhawa Dingin
- Meja dan Kerusi
- Alat persidangan video
- LCD Projektor
- Skrin layar
- Papan putih (whiteboard)
- Bilik penyediaan makanan
- Perkhidmatan Internet (PortLan)
- Perkhidmatan Internet (Wifi hotspot HPTP)
RM160 / hari
Anda akan di bawa ke sistem tempahan kami