Fasiliti Sukan
Tempat Juara Dicipta: Terokai Kemudahan Sukan Terkini Kami
Laman Utama › Perkhidmatan › Fasiliti Sukan › Stadium Gunasama › Trek & Balapan
Trek & Balapan
Trek Dan Balapan ini terletak di kawasan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Trek tersebut di selenggara untuk memastikan keadaan trek dalam keadaan baik dan dapat digunakan untuk latihan atau kejohanan.

- Kaedah Permohonan Tempahan
- Peraturan - Peraturan
- Waktu Urusan
- Permohonan secara atas talian melalui Sistem E-Tempas HPTP.
- Bagi penganjuran aktiviti/ program berskala besar, pemohon hendaklah mengemukakan Surat Permohonan Rasmi bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan.
- Proses kelulusan mengambil masa Empat Belas (14) hari bekerja dan status permohonan akan dimaklumkan melalui surat/ emel kepada pemohon.
- Pengguna hanya dibenarkan menggunakan fasiliti sukan setelah membuat tempahan dan pembayaran.
- Semua pengguna dikehendaki meninggalkan fasiliti sukan setelah masa sesuatu sesi tamat.
- Pengguna hendaklah memastikan kebersihan fasiliti sukan.
- Pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda daripada dirosakkan dan disalahguna.
- Pihak HPTP tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda semasa menggunakan fasiliti sukan.
- Kegagalan pengguna mematuhi segala syarat – syarat yang disenaraikan boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan tanpa sebarang notis.
- Pembatalan penggunaan fasiliti sukan adalah dibawah bidang kuasa pihak Unit Khidmat Fasiliti HPTP.
HARI | WAKTU URUSAN | |
---|---|---|
AHAD-RABU | 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG | |
KHAMIS | 8.00 PAGI HINGGA 3.30 PETANG | |
JUMAAT/ SABTU/ CUTI UMUM | TUTUP | |
WAKTU REHAT : 1.00 TENGAH HARI HINGGA 2.00 PETANG |
Anda akan di bawa ke sistem tempahan kami