Lawatan Kerja TKSU PP KPT ke SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
Laman Utama › Media › Galeri Gambar › Lawatan Kerja TKSU PP KPT ke SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
SELASA I 10 SEPTEMBER 2024
SESI LAWATAN KERJA YBHG. DATUK TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) KE SEKSYEN PROJEK KHAS HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (SPK HPTP)
Ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, telah mengadakan lawatan kerja ke Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP).
Lawatan ini bertujuan untuk memantau kemajuan projek pembangunan di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) serta mengenalpasti sebarang isu yang perlu diatasi serta menyemak keperluan tambahan dan sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
YBhg. Datuk TKSU sempat menunaikan solat Zohor berjemaah di surau HPTP dan beramah mesra dengan pegawai dan staf SPK HPTP sebelum meneruskan lawatan ke tapak projek pembinaan asrama PTSN dan kemudiannya berkesempatan melawat tapak penyelidikan sistem ternakan ikan kelah dan spesis ikan tempatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Conti di Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM), serta makmal SAVA di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pihak HPTP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan lawatan ini.