KSU KPT Hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) Dan Lawatan Kerja Ke SPK HPTP
Laman Utama › Media › Galeri Gambar › KSU KPT Hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) Dan Lawatan Kerja Ke SPK HPTP
KSU KPT HADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK (PMC) DAN LAWATAN KERJA KE HPTP
9 Disember 2024 | Pagoh, Johor
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang hadir ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KPT (HPTP) bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) HPTP-Perjanjian Konsesi 1 (CA 1) di sini pagi tadi.
Mesyuarat Jawatankuasa PMC dipengerusikan oleh beliau kali ketiga (3) tahun ini selaras dengan Klausa 32 Perjanjian Konsesi bagi membincangkan pelaporan dan status pelaksanaan projek dengan lebih terperinci serta mengambil tindakan-tindakan intervensi terhadap isu atau masalah yang wujud.
Usai mesyuarat, beliau telah merasmikan Portal Rasmi Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dan Sistem Tempahan Fasiliti Gunasama (E-Tempas), platform digital yang membolehkan warga HPTP untuk menempah kemudahan ruang atau fasiliti secara efisien.