MINISTRY OF HIGHER EDUCATION

PAGOH HIGHER EDUCATION HUB

Soalan Lazim
FAQ
Contact Us
Feedback
SItemap
Search
Close this search box.
A+ A A-

Lawatan Kerja Menteri Besar Johor

PAGOH, 13 April 2022 – Pihak SPK HPTP mengalukan kehadiran YAB Menteri Besar Johor ke Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) bagi suatu sesi Taklimat Pembangunan sempena Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke Daerah Muar. Sesi taklimat yang berlangsung di SPKHPTP ini adalah anjuran Pejabat Daerah Muar. Selain YBhg. Pegawai Daerah Muar selaku tetamu kehormat, turut hadir adalah barisan Exco Kerajaan Negeri Johor bagi mendengar taklimat tentang perancangan, pembangunan dan potensi ekonomi di daerah Muar.

Pihak Pengurusan SPK HPTP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor dan Exco Johor kerana sudi melapangkan masa untuk hadir dan melawat ke HPTP.